Pada 7 Januari 1971, Utusan Malaysia melaporkan ketika keadaan banjir di lain-lain negeri bertambah baik. Melaka pula menghadapi banjir yang semakin buruk.
Semua jalan raya di Bandar Melaka tidak boleh dilalui dalam banjir yang disifatkan paling buruk jika dibandingkan dengan tahun 1954.
Sehingga kini, lebih 100,000 orang berada di pusat-pusat pemindahan dengan lebih 5,000 di Melaka, 46,000 lebih di Pahang dan 20,000 lebih di Selangor.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 7 Januari 1972
Cukai secara langsung terhadap penjudi adalah cukai baru yang diumumkan oleh kerajaan pada hari ini yang mendatangkan hasil tambahan negara sebanyak RM122.3 juta. - 7 Januari 1978
Terowong Genting Sempah di Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak boleh mula digunakan pada pukul 10 pagi apabila ianya dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya dan Kemudahan Awam, Tan Sri Abdul Ghani Gilong. - 7 Januari 1979
Peguamcara Negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]