Pada 22 Disember 1970, akhbar Utusan Malaysia melaporkan penduduk Malaysia berjumlah 10.5 juta orang dengan bilangan lelaki dan perempuan hampir sama banyak.
Angka awalan banci 1970 menunjukkan jumlah penduduk lelaki seluruh negara seramai 5,307,429 orang sementara perempuan seramai 5,229, 314 orang. Penduduk Malaysia barat berjumlah 8,900,972 juta orang, manakala Malaysia Timur seramai 1,635,771 orang.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 22 Disember 1969
Lebih 130 penternak lembu di sekitar Majlis Bandaran Ibu Kota dikehendaki memindahkan ternakan mereka ke kawasan seluas 2,000 ekar di Batu Arang pada Januari depan. - 22 Disember 1972
Leftenan Muda Awaluddin, 22 tahun, memenangi peraduan menggubah lagu Negeri Pulau Pinang dengan tajuk ciptaannya “Untuk Negeri Kita”. - 22 Disember 1979
Kerajaan meluluskan RM1.56 juta untuk membekalkan elektrik ke Rancangan Felda Lurah Bilut mulai akhir tahun hadapan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]