Mat Kilau masih hidup - Utusan Malaysia

Mat Kilau masih hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 29 Disember 1969, akhbar Utusan Malaysia melaporkan telah sah sekarang bahawa pahlawan Mat Kilau, 122 tahun, kawan seperjuangan Dato’ Bahaman masih hidup lagi di kampung asalnya di Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

Mat Kilau telah memberitahu kepada pemberita Utusan bahawa ia menukarkan namanya kepada Mat Siam atas perintah Almarhum Sultan Abdullah apabila baginda memerintahkannya supaya berpindah dari Kampung Tanjong Medang, Pekan ke Kampung Batu Lima, Jalan Maran, Kuantan dalam tahun 1927.

Antara peristiwa lain yang menarik

29 Disember 1968 – Apollo 8 dan tiga angkasawannya tiba di bumi setelah berjaya dalam misi mengembara mengelilingi bulan.

29 Disember 1971 – Hubungan jalanraya antara Pantai Timur dan Pantai Barat terputus setelah Jambatan Temerloh di Pahang ditutup kerana dinaiki air setinggi 30 meter.

29 Disember 1972 – Perdana Menteri, Tun Abdul Razak mengumumkan susunan baru kabinet kerajaan campuran Perikatan-PAS berkuatkuasa 1 Januari 1973.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya