Malayan Banking diisytihar bank yang dilindungi - Utusan Malaysia

Malayan Banking diisytihar bank yang dilindungi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 2 Disember 1969, Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan Pusat mengisytiharkan Malayan Banking Berhad dan seluruh cawangannya sebagai bank yang dilindungi bagi menjamin simpanan orang ramai.

Berikutan itu, sembilan orang pengarah dilantik oleh kerajaan untuk mengendalikan bank itu bagi tempoh tiga tahun.

Tindakan ini diumumkan oleh Pengarah Gerakan Negara, Tun Abdul Razak. Malayan Banking adalah bank pertama dikenakan tindakan itu sejak kerajaan meluluskan Ordinan (kuasa-kuasa Mustahak) Darurat.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 2 Disember 1970
    Air dari Sungai Muda, Kedah akan dibekalkan ke Pulau Pinang dengan pemasangan dua batang paip bawah laut yang akan dilancarkan pada awal tahun depan.
  • 2 Disember 1972
    ESSO Exploration Malaysia Incorporated menjumpai minyak di tiga dari lima telaga ujian di Sabah.
  • 2 Disember 1977
    Universiti Teknologi Malaysia akan menggunakan keris panjang bernama “Keris Ganja Seiras Melela” anugerah dari Yang Di- Pertuan Agong di upacara konvokesyen pertamanya pada 3 Disember ini di Bangunan Parlimen.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya