PADA 6 Disember 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan tidak seorang pun yang terselamat dalam nahas kapal terbang MAS Boeing 737 di Kampung Tanjung Kupang, Johor Bharu. Kesemua 100 orang di dalam pesawat hancur berkecai dan tidak dapat dikenali.
Pesawat tersebut membawa 93 penumpang dan tujuh anak kapal adalah dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Singapura. Menteri Pertanian, Datuk Sri Ali Haji Ahmad adalah antara penumpang penerbangan tersebut.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 6 Disember 1968
Serangan bom Israel ke bandar di Utara Jordan mengorbankan enam orang dan mencederakan 14 orang penduduknya. - 6 Disember 1970
Sebuah model Istana Sultan Mansor Shah berharga sekitar RM30,000 hingga RM40,000 akan dibina berhadapan dengan Kota Melaka. - 6 Disember 1972
Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, Mohamad Rahmat menyatakan bayaran peperiksaan SPM akan diturunkan mulai tahun hadapan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]