PADA 21 Disember 1977, Utusan Malaysia melaporkan jenazah Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Nik Ahmad Kamil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Petaling Jaya dengan penuh penghormatan negara.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada pukul 1.30 pagi setelah diserang penyakit lemah jantung ketika berada dalam bilik rehat Yang Dipertua di Parlimen pada pukul 6.30 petang semalam.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 21 Disember 1969
Filem Dr. Rushdi arahan P. Ramlee sedang giat diselenggarakan di Merdeka Studio dijangka mengatasi persembahan filemnya sebelum ini. - 21 Disember 1972
Perdana Menteri, Tun Abdul Razak melakukan upacara menyambut ketibaan kapal perang KD Rahmat di Pelabuhan Kelang. - 21 Disember 1979
Seramai 317 peserta Rancangan Felda Kampung Awah di Pahang menikmati pendapatan lumayan sejak dua bulan lalu kerana getah dan kelapa sawit telah mengeluarkan hasil.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]