PADA 15 Disember 1970, Utusan Malaysia melaporkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan mempunyai sebuah Fakulti Perubatan tidak lama lagi.
Menurut Menteri Pelajaran, Tun Hussein Onn, buat permulaan fakulti tersebut terpaksa diadakan dengan kecil dan akan diperbesarkan secara beransur-ansur dari semasa ke semasa.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 15 Disember 1968
Malaysia akan menghantar kira-kira 450 anggota tenteranya menerima latihan di luar negara termasuk di Amerika dan Indonesia pada setiap tahun. - 15 Disember 1972
Bekas Menteri Besar Selangor (1959 – 1964), Datuk Abu Bakar Baginda meninggal dunia. - 15 Disember 1979
Masa persekolahan asas akan dilanjutkan dari sembilan ke 11 tahun, iaitu dari darjah satu ke tingkatan lima.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]