PADA 1 Disember 1969, Utusan Malaysia melaporkan seluruh Kelantan diisytiharkan berada dalam darurat berikutan banjir yang melanda negeri itu sejak malam tadi.
Pegawai Penyelarasan Malapetaka Awam Negeri Kelantan, Datuk Abdul Malek mengisytiharkan keadaan cemas pada pukul 2 pagi apabila air di Tangga Bradley meningkat kepada 24 meter. Semua bilik gerakan banjir peringkat negeri dan daerah dibuka mulai pukul 3 pagi.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 1 Disember 1968
Ulasan perdebatan antara Dr Syed Naguib (Gerakan) dan Lim Kit Siang (DAP) mengenai “konsep atau bentuk kebudayaan Malaysia” dilihat lebih memihak kepada Dr. Naguib. - 1 Disember 1969
Pesuruhjaya Ibu Kota, Dato’ Lokman Yusof menyatakan bahawa Undang-Undang Kebersihan Ibu Kota berkuatkuasa esok. - 1 Disember 1979
Bank Simpanan Nasional menyambut Ulang Tahun Ke-5 dengan simpanan rakyat berjumlah RM1,083 juta.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]