PADA 28 Disember 1970, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seluruh kawasan di Pantai Timur berada dalam keadaan berjaga-jaga berikutan kemungkinan berlaku banjir akibat hujan lebat yang sejak beberapa hari lalu.
Air di Tangga Bridley Kuala Krai, Kelantan telah naik ke paras 22 meter dan terus naik dengan pantas.
Menurut Pusat Kaji Cuaca di Subang, hujan akan berlaku di serata kawasan di Pahang, Terengganu, Kelantan Selatan, Johor Utara, Perak, Kedah dan Pulau Pinang sehingga tengah malam ini.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 28 Disember 1972
Semua teksi Syarikat Sri Jaya di Bandaraya Kuala Lumpur akan menggunakan sistem radio telefon mulai Januari depan. - 28 Disember 1977
Malaysia akan mendapatkan pinjaman RM62 juta dari Bank Dunia untuk projek pembangunan pertanian bersepadu barat laut Selangor. - 28 Disember 1979
Kumpulan The Wings pimpinan penyanyi Paul McCartney membuat penggambaran 7 video lagu untuk penjualan album mereka bertajuk “Back To The Egg”.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]