PADA 8 November 1969, Utusan Malaysia melaporkan wang pendahuluan gaji untuk hari Deepavali sebanyak RM140,000 dirompak di hadapan kira-kira 1,000 pekerja yang sedang menunggu pembayarannya di Lembaga Perbekalan Awam di Kitchener Road, Singapura.
Empat perompak terbabit turut menembak mati seorang mandur dan mencederakan seorang anggota polis yang cuba menghalang rompakan tersebut. Sebelum rompakan berlaku, keempat-empat perompak itu berada bersama-sama pekerja yang menunggu pembayaran gaji dilakukan.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 8 November 1970
Sejumlah RM75,413.07 wang gaji sebilangan pekerja Pesuruh Jaya di Ibu kota lesap dari bilik simpanannya di bangunan pejabat tersebut. - 8 November 1974
Seorang maut dalam kebakaran besar di Banting yang memusnahkan lima buah kedai dengan kerugian ditaksirkan berjumlah setengah juta ringgit. - 8 November 1979
Tiga orang pekerja tertimbus hidup-hidup akibat tanah runtuh di sebuah lombong di Temoh, Perak.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]