PADA 1 November 1968, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein merasmikan pelancaran Yayasan Pelajaran Mara di Auditorium Mara, Kuala Lumpur.
Walaupun ditubuhkan hampir sebulan lalu, Yayasan Pelajaran Mara berjaya mengumpul sumbangan hampir RM1 juta dan menyasarkan RM5 juta dalam masa lima tahun lagi. Penubuhan yayasan ini mengharapkan dapat menghantar 150 hingga 200 penuntut ke universiti setiap tahun.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 1 November 1972
Kerajaan Pahang menubuhkan jawatankuasa peringkat negeri dan daerah bagi menambah bilangan penduduk negeri itu memasuki rancangan tanah FELDA. - 1 November 1979
Muzium Negeri Sabah berharga RM10 juta akan dibina di tapak seluas 75 ekar di Bukit Istana Lama, Kota Kinabalu. - 1 November 1984
Perdana Menteri India, Indira Gandhi dibunuh di hadapan rumahnya oleh dua pengawal peribadinya sendiri..
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]