PADA 13 November 1977, Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn meletakkan batu asas bangunan Arkib Negara Malaysia di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Pengarah Arkib Negara, Zakiah Hanum turut memberikan penerangan mengenai model bangunan tersebut sejurus majlis peletakan batu asasnya dirasmikan.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 13 November 1969
Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas, Tun Tan Siew Sin berkata. Pulau Perhentian dan Pulau Tioman kini menjadi rebutan ahli perniagaan untuk membina kompleks pelancongan di pulau tersebut. - 13 November 1974
Menteri Besar Perlis, Datuk Jaafar Hassan berkata, usaha sedang dijalankan untuk memastikan wujudnya sebuah kampus tetap Institut Teknologi Mara Cawangan Perlis. - 13 November 1979
Seramai 101,503 calon menduduki peperiksaan Malaysian Certificate of Education (MCE). Ia merupakan yang terakhir kerana akan digantikan dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]