PADA 2 November 1969, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Ketua Turus Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Hamid Bidin dilantik menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia menggantikan Jeneral Tengku Osman Jewa yang akan mula bersara 24 November ini.
Pelantikan tersebut diumumkan oleh Pengarah Majlis Gerakan Negara, Tun Abdul Razak setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 2 November 1969
J. Sham penyanyi yang mula dikenali melalui rancangan TV Malaysia “Muzik, Muzik, Muzik” telah merakamkan suaranya ke piring hitam. - 2 November 1973
Lebih 266,089 orang murid dari 4,364 buah sekolah di seluruh negara sedang menjalani Ujian Penilaian Darjah 3. - 2 November 1974
Tun Siti Hasmah, Pengetua Sekolah Latihan Kesihatan di Jitra, Kedah diraikan dalam majlis perpisahan untuk berpindah mengikut suaminya Tun Dr. Mahathir, Menteri Pelajaran ke Kuala Lumpur dan akan bertugas di Institut Kesihatan Awam.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]