Kertas Putih ancaman kepada perpaduan Islam dan keselamatan negara - Utusan Malaysia

Kertas Putih ancaman kepada perpaduan Islam dan keselamatan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 10 November 1984, Utusan Malaysia melaporkan pendedahan Kertas Putih mengenai kegiatan pelampau Islam yang dibentangkan di Dewan Rakyat dan tindak-tanduk golongan itu secara langsung atau tidak telah membantu Parti Komunis Malaya (PKM) mencapai matlamatnya.

Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata: “Secara langsung atau tidak, tindakan golongan-golongan yang memecah-belahkan perpaduan masyarakat Melayu/Islam di negara ini telah membantu PKM yang sekian lama gagal dalam percubaannya untuk mempengaruhi masyarakat Melayu/Islam supaya menyokong perjuangannya.”

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 10 November 1970
    Seramai 126 Orang Asli di Kampung Paya Keladan, Temerloh, Pahang telah diberikan rumah kediaman secara percuma oleh Jabatan Orang-Orang Asli Malaysia Barat.
  • 10 November 1972
    Pakistan umum keluar dari SEATO (Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara).
  • 10 November 1979
    Presiden Carter mengarahkan Pentagon memberhentikan semua bekalan alat ganti tentera ke Iran berikutan terdapat tanda-tanda kemarahan rakyat Amerika merebak luas di seluruh negara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya