PADA 12 November 1972, Mingguan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak mengumumkan bahawa gerakan kerjasama dan kegiatan persatuan peladang akan diselaraskan di bawah satu ‘organisasi peladang’.
Sewaktu merasmikan mesyuarat agung tahunan yang ke-17 Bank Kerjasama Malaysia Berhad di Universiti Malaya, Abdul Razak berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan kegiatan dua pertubuhan itu daripada bercanggah antara satu sama lain.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 12 November 1971
Pembinaan Kompleks Arkib dan Perpustakaan Negara berharga RM5 juta akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua. - 12 November 1973
Filem ‘Semambu Kuning’ dipilih mewakili Malaysia ke Pesta Filem ASEAN Ketiga. - 12 November 1977
Bandar Muadzam Shah di Pahang Tenggara dirasmikan oleh Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]