Gajah liar mengamuk - Utusan Malaysia

Gajah liar mengamuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 25 November 1972, Utusan Malaysia melaporkan seorang wanita terbunuh serta-merta sementara suaminya cedera parah apabila seekor gajah liar mengamuk di kawasan Ladang Felda Lasah, Sungai Siput kira-kira jam 6.00 pagi.

Ketika kejadian itu berlaku, suami isteri itu sedang dalam perjalanan ke kebun getah anak mereka tetapi terserempak dengan seekor gajah jantan yang besar yang kemudiannya menyerang mereka.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 25 November 1968
    Singapura menjadi negara Asia pertama memiliki dua Hotel Antarabangsa Hilton apabila ia siap dibina pada tahun 1969 dan 1971.
  • 25 November 1972
    Pengarang Kamus Tambahan Oxford Universiti Press, Mr. R.W. Burchfiled menyatakan lebih 200 perkataan Melayu telah diterima penggunaannya dalam kamus tersebut.
  • 25 November 1977
    22 buah tempat bersejarah antaranya Kota Cornwallis dan Perigi Hang Tuah diwartakan di bawah Akta Bendapurba 1976 di seluruh negara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya