Dua bahaya besar jika mutu ITM merosot - Utusan Malaysia

Dua bahaya besar jika mutu ITM merosot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 3 November 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie memberi amaran tentang dua bahaya besar yang akan dihadapi oleh Institut Teknologi MARA (kini UiTM) jikalau mutu pelajarannya dibiarkan merosot.

ITM akan menjadi pejabat anak-anak bumiputera sementara menunggu mendapatkan jawatan dan kedudukan. Kedua, institusi itu akan dijadikan oleh sektor swasta tempat mendapatkan tenaga bumiputera hanya untuk mengisi kuota pekerja sebagaimana dasar kerajaan.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 3 November 1971
    Kuala Lumpur akan menggunakan nombor kod dalam sistem pos mulai tahun hadapan.
  • 3 November 1979
    Yang Dipertua PERKIM, Tunku Abdul Rahman akan melancarkan jenama jam tangan “Dalil” khas bagi orang Islam yang mengandungi kompas menentukan arah kiblat.
  • 3 November 1982
    Kementerian Kesihatan mengarahkan semua hospital yang terlibat dengan penjualan uri ibu kepada syarikat-syarikat asing supaya menghentikan bekalan tersebut.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya