PADA 30 November 1969, Mingguan Malaysia melaporkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menubuhkan satu lagi Briged Infantri menjadikannya enam kesemuanya.
Pengumuman dibuat oleh Ketua Turus ATM, Jeneral Tan Sri Abdul Hamid Bidin dalam sidang akhbar pertamanya setelah menyandang jawatan tersebut. Briged tersebut akan mengandungi pasukan-pasukan dari empat batalion baru tentera darat dan satu rejimen peninjau.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 30 November 1972
Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi FIMA. - 30 November 1973
Projek pembesaran Lebuhraya Persekutuan akan melenyapkan sebatang anak sungai dikenali “Sungai Rahmat” yang menjadi punca bekalan air bagi lebih 200 penduduk Kampung Kerinchi selama ini. - 30 November 1974
Sekolah Tun Fatimah dan Sekolah Alam Shah memasuki peringkat akhir Pertandingan Bahas Antara Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh yang julung kalinya dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]