PADA 11 November 1977, Utusan Malaysia melaporkan Akta Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 yang diluluskan oleh Dewan Negara pada 9 November 1977 akan dilaksanakan serta-merta sebaik sahaja Yang Di-Pertuan Agong menandatanganinya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad ketika mengumumkan perkara itu berkata, pelaksanaannya tidak boleh ditangguhkan.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 11 November 1970
Rancangan penanaman pokok pine untuk perusahaan kilang kertas oleh kerajaan sejak 10-15 tahun yang lalu dijangka berpotensi dalam tempoh 30 tahun akan datang. - 11 November 1971
Tengku Mahkota Johor terpilih mewakili Malaysia dalam acara menembakke Sukan SEAP keenam pada Disember ini. Ini merupakan kali ketiga Baginda mewakili Malaysia dalam kejohanan antarabangsa. - 11 November 1977
Penggambaran filem Nasib Si Badul arahan Aziz Sattar lakonan A.R Badul dan R. Jaafar sedang berjalan dengan baik.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]