PADA 12 Oktober 1968, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Universiti Malaya (UM) buat pertama kalinya melantik anak Malaysia, Dr. Mohd. Taib Osman sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu.
Dr. Mohd Taib menggantikan Profesor Sultan Takdir Alisjahbana yang tamat tempoh perkhidmatannya. Pelantikan tersebut diumumkan Naib Canselor UM, Profesor Diraja Ungku Aziz.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 12 Oktober 1973
Naib Presiden Amerika Syarikat, Spiro Agnew meletak jawatan selepas menarik balik usaha membela dirinya daripada tuduhan mengelakkan cukai pendapatan. - 12 Oktober 1975
Lagu penyanyi terkenal DJ Dave berpadu suara dengan Sarena Hashim berjudul ‘Kanda Dan Dinda’ saduran daripada lagu Hindustan ‘Chanda Oh Chanda’ meletup. - 12 Oktober 1977
Lombong di pinggir Kampung Pandan pecah menyebabkan air membanjiri beberapa rumah di sekitarnya.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]