Soh Chin Aun naik pelamin - Utusan Malaysia

Soh Chin Aun naik pelamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 6 Oktober 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan, ketua pasukan bola sepak Malaysia, Soh Chin Aun bakal menaiki pelamin pada hari ini.

Popular dengan panggilan ‘taukeh’ dalam kalangan rakan-rakan, Soh Chin Aun menyatakan pertemuan dengan bakal isterinya, Patricia Lee sejak lima tahun lalu telah melahirkan bibit-bibit cinta antara mereka. Majlis perkahwinan akan diadakan di Dewan Bandaran Alor Gajah pada pukul 2 petang dan antara tetamu dijangka hadir ialah Ketua Menteri Melaka, Adib Adam.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 6 Oktober 1968
    Sultan Kelantan melancarkan kerja-kerja pembinaan Projek Pengairan Kemubu di Kok Lanas.
  • 6 Oktober 1974
    Piket pekerja Lembaga Letrik Negara (LLN) dibatalkan dan persetujuan tercapai mengenai pelaksanaan gaji.
  • 6 Oktober 1971
    Semua 32 orang calon Perikatan Sabah menang tanpa bertanding apabila penamaan calon bagi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah ditutup hari ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya