PADA 7 Oktober 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang tokoh ekonomi wanita dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pergerakan Wanita UMNO, Rafidah Aziz, 31, hari ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong menjadi Senator bagi tempoh enam tahun.
Beliau antara lapan orang yang dilantik mengisi kekosongan dalam Dewan Negara yang diumumkan Jabatan Perdana Menteri.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 7 Oktober 1969
Kerja-kerja membina bangunan baharu Bank Negara yang menelan belanja kira-kira RM10 juta pesat dijalankan. - 7 Oktober 1973
Pertempuran Mesir dan Syria menentang Israel di Pergunungan Golan dan Tebing Timur Terusan Suez berterusan. - 7 Oktober 1979
Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mengumumkan pembinaan dua lagi kilang Bata di Seremban, Negeri Sembilan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]