Malaysia-Soviet Union meterai kerjasama - Utusan Malaysia

Malaysia-Soviet Union meterai kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 5 Oktober 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Malaysia dan Soviet Union telah memeterai dua perjanjian bertujuan merapatkan kerjasama atas dasar menghormati kedaulatan dan tidak campur tangan dalam hal ehwal negara masing-masing.

Perdana Menteri, Tun Abdul Razak dan Perdana Menteri Soviet, Alexei Kosygin menandatangani Perjanjian Kerjasama Ekonomi dan Teknik serta Perjanjian Kerjasama Kebudayaan dan Saintifik bagi pihak negara masing-masing di Istana Kremlin.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 5 Oktober 1969
    Pemimpin Parti Sosial Demokrat, Mr. Willy Brandit akan menjadi Canselor baharu Jerman Barat manakala bekas parti pemerintah Parti Christian Demokrat menjadi parti pembangkang buat kali pertama sejak 20 tahun lalu.
  • 5 Oktober 1973
    Kereta pertama jenis Mercedes tiba di Malaysia melalui kapal Container OCL dari Jerman.
  • 5 Oktober 1974
    Suruhanjaya Harun Hashim mengenai tangga gaji baru kakitangan badan berkanun dan penguasa tempatan telah diterima oleh kerajaan dan pelaksanaannya dalam tempoh tiga bulan lagi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya