PADA 4 Oktober 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Pemangku Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mengumumkan bahawa kerajaan telah melucutkan kerakyatan 16,864 orang warganegara Malaysia yang disifatkan menjadi “duri dalam daging”. Berucap merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-30, Tun Musa berkata, kebanyakan mereka terdiri daripada keturunan Cina yang berhijrah ke negara-negara asing dengan sikap anti- Malaysia.
Menurutnya, orang seperti itu adalah seperti apa yang dikatakan birds of passage ataupun burung layang-layang yang mengembara, hinggap dan terbang semata-mata untuk mencari keadilan yang kononnya tidak wujud di tanah air sendiri.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 14 Oktober 1964
Salleh Ghani yang telah mengarah filem Tun Mandan, Jauh Di mata dan Hujan Darah menerima rombakan perjanjian yang menjadikannya pengarah sambilan sahaja di Studio Merdeka Hulu Klang. - 4 Oktober 1968
Muzium Negara membeli lanca yang direka tahun 1909 dari peninggalan penariknya, Mak Hua yang meninggal di Rumah Sakit Umum Pulau Pinang baru-baru ini. - 4 Oktober 1975
17 orang terbunuh dan 30 cedera setelah pengganas komunis melempar sebutir bom tangan ke sebuah panggung wayang yang penuh dengan penonton di Sungai Golok, sempadan Malaysia – Thailand.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]