Kerajaan umum elaun khas - Utusan Malaysia

Kerajaan umum elaun khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 21 Oktober 1973, Utusan Malaysia melaporkan seluruh kakitangan kerajaan bergaji RM500 ke bawah, meliputi pekerja agensi awam, badan berkanun serta anggota tentera dan polis akan menerima “elaun bantuan khas” berkuat kuasa mulai Oktober lalu.

Menurut Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, ia merupakan satu strategi dua penjuru kerajaan bertujuan menolong rakyat menghadapi kenaikan harga barang terutama golongan berpendapatan rendah. Peruntukkan elaun ini memerlukan perbelanjaan tambahan RM100 juta setahun.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 21 Oktober 1968
    Jacqueline kennedy (balu mendiang Presiden John F. Kennedy) telah berkahwin dengan Hartawan Kapal Greece, Mr. Aristotle Onassis.
  • 21 Oktober 1971
    Dato’ Harun Idris bersedia menerima tugas selaku pengurus pasukan bola sepak Malaysia ke Sukan Olimpik pada tahun 1972.
  • 21 Oktober 1982
    Tan Sri Ramli Ngah Talib dilantik memangku tugas jawatan Menteri Besar Perak ekoran masalah kesihatan Dato’ Sri Haji Wan Mohamad.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya