China sertai PBB, Taiwan disingkir - Utusan Malaysia

China sertai PBB, Taiwan disingkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 27 Oktober 1971, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Republik Rakyat China memenangi kerusinya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sementara Taiwan disingkirkan dari badan dunia itu.

Perhimpunan Agung yang dilaksanakan malam tadi mencapai keputusan yang dramatik dengan 76 negara menyokong, 35 menentang dan 17 berkecuali. Usul kemasukan China ke dalam PBB dianjurkan oleh Albania, Algeria dan 29 negara lain sejak 22 tahun yang lalu.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 27 Oktober 1969
    Kerja-kerja pembinaan Stesen Satelit Telekom di Kuantan yang menelan belanja RM6.6 juta dimulakan setelah siapnya kerja-kerja asas binaannya.
  • 27 Oktober 1972
    Kerajaan memperuntukkan 10 hektar dari 30 hektar di kawasan perusahaan Ampang, Ulu Kelang sebagai kawasan perdagangan bebas.
  • 27 Oktober 1973
    Menteri Pembangunan Desa, Tun Abdul Ghafar Baba mengumumkan penubuhan Bank Saudagar (Merchant Bank) sebagai sebuah anak syarikat kompleks kewangan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya