PADA 1 Oktober 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Dewan Bandaraya bersetuju membeli tapak Pasar Minggu daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor bagi membuka peluang kepada peniaga bumiputera.
Datuk Bandar, Datuk Dr. Elyas Omar berkata, pihaknya bersetuju membeli kawasan seluas 1.28 hektar di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baharu itu pada harga RM2.35 juta.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 1 Oktober 1969
Kesemua 400 pengikut Hamid Tuah yang meneroka tanah kerajaan secara haram di Binjai Patah, Sabak Bernam sejak sebulan lalu telah meninggalkan kawasan tersebut. - 1 Oktober 1977
Tan Sri Ghazali Jawi yang meletakkan jawatan Menteri Besar Perak telah dilantik sebagai Senator mulai 3 Oktober ini. - 1 Oktober 1979
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan membeli sekurang-kurangnya
10 jet pejuang Skyhawk dari Amerika Syarikat.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]