PADA 23 September 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Universiti Malaya (UM) berjalan seperti sedia kala dengan semua fakulti dan kuliah serta perpustakaan dibuka seperti biasa.
Sebuah Majlis Tertinggi Nasional (MTN) yang dibentuk telah mengambil alih kuasa daripada Majlis Tertinggi Sementara yang dibentuk oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) dan Kelab Sosialis mulai semalam.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 23 September 1971
Jepun akan menyertai Amerika Syarikat dalam mengemukakan usul bersama mengenai kemasukan China ke dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - 23 September 1982
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memulakan kempen memulaukan barang-barang buatan Amerika Syarikat sebagai tindak balas keadaan di Lebanon dan Palestin. - 23 September 1983
Raja Jordan, Al-Malik Hussein dan Permaisuri Noor buat pertama kalinya tiba di Malaysia untuk lawatan selama tiga hari.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]