PADA 22 September 1975, Utusan Malaysia melaporkan Sultan Kelantan, Tuanku Yahya Putra Almarhum Sultan Ibrahim, 57, melafazkan sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu.
Sultan Pahang, Tengku Ahmad Shah Almarhum Sultan Abu Bakar, 45, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 22 September 1971
Cadangan Malaysia supaya Asia Tenggara dijadikan rantau berkecuali diterima oleh jawatankuasa perunding 16 negara berkecuali di Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu. - 22 September 1972
Menteri Perusahaan Utama, Taib Mahmud berkata, kerajaan tidak lagi membeli benih-benih getah dari luar negeri untuk menjaga mutu kesimbangan pengeluaran susu getah. - 22 September 1979
Tengku Mahmud Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 49, dimasyhurkan sebagai Sultan Terengganu yang ke-15.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]