PADA 24 September 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan individu bekerja sendiri boleh menjadi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan menikmati faedah dan kemudahan sama seperti pekerja lain.
Di bawah peraturan baharu mereka boleh mencarum antara RM5 hingga RM250 sebulan mengikut kemampuan masing-masing dan caruman ini boleh ditambah apbila pendapatan mereka meningkat. Perubahan ini berlaku dengan penguatkuasaannya Akta KWSP (pindaan) 1977.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 24 September 1971
Malam Muzikarama anjuran EMI di Stadium Negara menampilkan P. Ramlee sebagai juruacara. Antara artis terlibat ialah Sanisah Huri, Rafeah Buang, Saloma, Sarina Hashim dan The Experiments. - 24 September 1972
Perdana Menteri, Tun Abdul Razak pada akhir lawatannya mengumumkan Switzerland bersetuju menolong melatih rakyat Malaysia dalam sektor pelancongan. - 24 September 1973
Datuk Mohamad Asri dipilih semula sebagai Yang Di-Pertua Agung PAS selepas mendapat 261 undi menewaskan Senator Abu bakar Hamzah (34 undi).
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]