PADA 7 September 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan 5,000 pegawai polis dari semua kaum yang berpangkat inspektor ke atas mulai sekarang diwajibkan memakai songkok pada setiap istiadat dan majlis rasmi yang diadakan dalam bangunan.
Arahan yang dikeluarkan pada 28 Ogos lalu itu bagaimanapun tidak menyebut tentang pemakaian songkok itu ke atas pegawai-pegawai polis wanita yang terlibat dalam kategori berkenaan. Antara ciri songkok rasmi tersebut ialah berwarna hitam, berukuran setinggi tiga setengah inci, mempunyai dua lubang angin di bahagian atas serta jalur-jalur dan lambang PDRM.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 7 September 1968
Kongres Ekonomi Bumiputera Kedua selama tiga hari di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. - 7 September 1972
Kerajaan Terengganu memperuntukkan lebih RM1 juta untuk memajukan Pulau Redang dan memindahkan lebih 700 orang nelayan dari sebuah pulau berhampiran ke pulau tersebut. - 7 September 1973
Jabatan Kaji Cuaca akan membeli tiga alat radar amaran ribut bernilai RM1.8 juta untuk dipasang di Kota Bharu, Kuala Lumpur dan Kuantan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]