PADA 2 September 1967, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kerajaan Malaysia dan Filipina menandatangani Perjanjian Mencegah Penyeludupan yang berleluasa antara Filipina dan Sabah.
Timbalan Perdana Menteri,Tun Abdul Razak mewakili Malaysia dan Setiausaha Luar, Narciso Ramos bagi Filipina dalam kenyataan bersama berkata: “Perjanjian ini menunjukkan betapa kedua-dua negara mahu bekerjasama untuk kebaikan bersama.”
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 2 September 1968
Yang di-Pertuan Agong merasmikan pembukaan Kelab Golf Kebangsaan Subang yang berharga RM3.9 juta. - 2 September 1971
Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tun Abdul Ghafar Baba meletak jawatan sebagai Pengerusi MARA. - 2 September 1974
Menteri Kerja Raya dan Tenaga, Datuk Abdul Ghani Gilong mengumumkan Lembaga Letrik Negara akan mengambil alih semua pembekalan letrik di Semenanjung dari syarikat pembekal swasta.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]