PADA 29 September 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan 31 orang disahkan terbunuh dalam nahas udara membabitkan kapal terbang DC-8.
Pesawat Syarikat Penerbangan Jepun (JAL) itu terhempas dan terbakar di Ladang Getah Elmina, Sungai Buloh.
DC-8 membawa 69 penumpang dengan 10 kakitangan dari Hong Kong terhempas hanya beberapa minit sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang ketika hujan lebat dan ribut petir pukul 6.58 petang.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 29 September 1968
Presiden Suharto buat pertama kali mengumumkan bekas Presiden Indonesia, Dr. Sukarno sedang disiasat. - 29 September 1972
Jepun memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan dan kembali memulihkan hubungan dengan China. - 29 September 1975
Johan qari dan qariah peringkat antarabangsa tiga tahun berturut-turut tidak lagi dibenarkan bertanding pada tahun berikutnya.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]