PADA 1 September 1967, keluaran pertama akhbar Utusan Malaysia diterbitkan dan disifatkan oleh Menteri Penerangan dan Penyiaran, Tan Sri Senu Abdul Rahman sebagai mampu meningkatkan pengetahuan masyarakat dalam semua bidang.
Beliau berkata, penerbitannya juga bertepatan dengan pengisytiharan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi dan persetujuan antara Malaysia dan Indonesia mengenai penyatuan bahasa dan ejaan.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 1 September 1967
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1967 mengisytiharkan Bahasa Kebangsaan akan menjadi bahasa rasmi tunggal mulai esok. - 1 September 1974
Perutusan Perdana Menteri Tun Abdul Razak sempena 25 tahun Lembaga Letrik Negara pada 1 September dirakam di dada akhbar Utusan Malaysia. - 1 September 1973
“Sang Periwana” – bendera baharu Sarawak dikibarkan dengan megahnya sejurus selepas pukul 12 tengah malam tadi.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]