32 terbunuh dalam nahas pesawat Garuda - Utusan Malaysia

32 terbunuh dalam nahas pesawat Garuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 9 September 1974, Utusan Malaysia melaporkan seorang rakyat Malaysia adalah antara 32 orang penumpang yang terbunuh dalam nahas udara syarikat Penerbangan Garuda. Kapal terbang tersebut dikesan terhempas ke atas sebuah bangunan di Sumatera Selatan.

Kapal terbang jenis Fokker F27 itu terhempas ketika cuba mendarat.

Pesawat tersebut yang boleh memuatkan sehingga 40 penumpang pada satu masa sedang dalam penerbangan dari Jakarta ke Tanjung Karang yang terletak lebih kurang 193 kilometer ke barat daya Jakarta.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 9 September 1972
    Barang-barang yang tidak diangkut secara langsung dari Pelabuhan Malaysia tidak akan diberikan sebarang pengecualian cukai import mulai Januari tahun depan.
  • 9 September 1973
    Filem Hindi “Parwana” yang bererti “Cinta Bebas” memecah box office ketika ditayangkan di Thailand kini ditayangkan di Pawagam P. Ramlee, Kuala Lumpur.
  • 9 September 1974
    Yang Di-Pertuan Agong merasmikan pembukaan bangunan Wisma Pahlawan di Kuala Lumpur.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya