Tun Razak lancar Rukun Tetangga - Utusan Malaysia

Tun Razak lancar Rukun Tetangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 30 Ogos 1975, Utusan Malaysia melaporkan Jemaah Menteri telah meluluskan undang-undang bagi menguatkuasakan penyertaan semua penduduk negara ini – menteri atau eksekutif, buruh atau peniaga – dalam rancangan Rukun Tetangga.

Perdana Menteri, Tun Abdul Razak berkata, undang-undang tersebut dikenali sebagai Peraturan-Peraturan Perlu (Masyarakat Berdikari), 1975, diadakan semata-mata untuk memastikan penyertaan yang adil dan menyeluruh daripada semua penduduk negara ini, tanpa mengira pangkat dan darjat mereka.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 30 Ogos 1968
    Malaysia-Itali menandatangani satu perjanjian perkhidmatan udara di Kementerian Pengangkutan, Kuala Lumpur.
  • 30 Ogos 1974
    Sebahagian Hotel Holiday Inn di Jalan Pinang, Kuala Lumpur terbakar kira-kira pukul 11.50 malam.
  • 30 Ogos 1984
    Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Chan Siang Sun berkata, empat lagi stesen pemancar FM akan dibina tahun depan untuk memperbaiki penerimaan di kawasan pedalaman.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected].

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN