Tentera Merah Jepun tawan Kedutaan Amerika di Bangunan AIA - Utusan Malaysia

Tentera Merah Jepun tawan Kedutaan Amerika di Bangunan AIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 5 Ogos 1975, Utusan Malaysia melaporkan antara empat hingga enam orang anggota Tentera Merah Jepun menawan pejabat Konsul Kedutaan Amerika Syarikat di tingkat 9 Bangunan AIA di Kuala Lumpur dan menahan kira-kira 50 orang sebagai tebusan.

Mereka menuntut tujuh rakan mereka di penjara Tokyo dibebaskan dan mengancam akan meletupkan bangunan berkenaan jika ada cubaan menangkap mereka.

Antara yang ditawan ialah Konsul Amerika Syarikat, Robert Stebbings dan Kuasa Usaha Sweden, Frederick Bergenstrable.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 5 Ogos 1968
    Kementerian Kesihatan menyiapkan satu Rang Undang- Undang yang membolehkan rakyat Malaysia mendermakan mata mereka setelah meninggal dunia.
  • 5 Ogos 1972
    Kerajaan membentuk sebuah Jawatankuasa Teknik untuk mengambil alih kerja-kerja pembinaan dan pengendalian Projek Sistem Kereta Kabel Bukit Nenas di Kuala Lumpur.
  • 5 Ogos 1984
    Atlet olahraga negara, Batumalai Rajkumar menduduki tempat kelima dalam saringan lari 800 meter dengan catatan 1:48.19 saat. Saringan dimenangi oleh Joaquim Cruz dengan masa 1:45.66 saat.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN