PADA 20 Ogos 1971, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein menawarkan kepada kerajaan Kelantan untuk membuka tanah seluas kira-kira 100,000 hektar di negeri itu dalam Rancangan Malaysia Kedua.
Walaupun demikian terpulang kepada Kerajaan Pas Kelantan untuk menerimanya ataupun tidak.
Menurut Tun Abdul Razak, pembukaan tanah tersebut akan menyerupai rancangan tanah di Johor Utara dan Jengka Tiga Segi di Pahang.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 20 Ogos 1971
Pengurus Besar MAL, Saw Huat Lye mengumumkan layang-layang Kelantan atau wau akan menjadi simbol Penerbangan Malaysia (MAL). - 20 Ogos 1972
TV Malaysia akan membayar $60 seminit bagi siaran langsung bola sepak Sukan Olimpik antara Malaysia dengan Jerman Barat di Munich pada 27 Ogos ini. - 20 Ogos 1984
Rashid Sidek menumbangkan juara Badminton Remaja Asia, Beben Supendi sekaligus membuka jalan Malaysia menumbangkan Indonesia 4-1 pada final badminton sekolah-sekolah ASEAN.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]