Pemimpin pembangkang Aquino dibunuh - Utusan Malaysia

Pemimpin pembangkang Aquino dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 23 Ogos 1983, Utusan Malaysia melaporkan bekalan elektrik terputus di sebahagian besar Manila dan beberapa bandar lain ketika rakyat Filipina berkabung atas kematian pemimpin pembangkang, Benigno Aquino. Ia menimbulkan khabar-khabar angin mengenai perbuatan sabotaj berikutan kematian tersebut.

Aquino yang memakai baju kalis peluru ditembak di leher semasa beliau turun dari kapal terbang di Lapangan Terbang Manila setelah tinggal dalam buangan selama tiga tahun di Amerika Syarikat.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 23 Ogos 1968
    Ahli sains Jepun, Dr. Yasushi Ohnuki mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya menunjukkan gambar bentuk lingkaran kromosom manusia.
  • 23 Ogos 1971
    Pemain badminton muda negara, Tan Aik Mong muncul juara Asia setelah mengalahkan Junji Honda dari Jepun.
  • 23 Ogos 1972
    Menteri Pelajaran, Tun Hussein Onn menyatakan calon SPM tidak perlu menulis nama pada kertas jawapan mulai tahun ini, sebaliknya hanya menulis bilangan indeks mereka sahaja.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya