Pada 27 Ogos 1975, Utusan Malaysia melaporkan Tugu Negara musnah akibat satu letupan bom angkara perbuatan khianat beberapa orang yang tidak bertanggungjawab kira-kira pada pukul 5 pagi.
Polis percaya empat orang ejen Barisan Pembebasan Malaya (MNLF) termasuk seorang wanita bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut. Letupan memusnahkan patung-patung perajurit dan meretakkan tapak asas tugu tersebut yang diperbuat dari batu marmar.
Letupan itu turut memecahkan cermin tingkap beberapa buah rumah berhampiran.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 27 Ogos 1968
Sebuah Jawatankuasa Penaja Universiti Kebangsaan (UKM) dibentuk di Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Syed Nasir Ismail dilantik sebagai pengerusi. - 27 Ogos 1974
Raja Permaisuri Agong selaku Canselor Universiti Malaya merasmikan Rimba Ilmu Universiti Malaya. - 27 Ogos 1975
Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan, Datuk Abdul Ghani Gilong merasmikan upacara permulaan kerja projek pembangunan Lapangan Terbang Pulau Pinang di Bayan Lepas.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]