Pada 9 Ogos 1972, Utusan Malaysia melaporkan Menteri Kewangan, Tun Tan Siew Sin mengumumkan beberapa langkah kerajaan untuk memperbaiki pasaran getah di Malaysia termasuk mewujudkan Lembaga Pasaran dan Pelesenan Getah Malaysia (MRELB) yang benar-benar bercorak Malaysia tanpa penyertaan Singapura.
Lembaga tersebut akan mengambil alih tanggungjawab MRERB atau Lembaga Pendaftar Eksport Getah Malaysia dan Pasaran Getah Malaysia (MRE).
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 9 Ogos 1968
Kilang pemasangan kereta Alfa Romeo akan dibina di Tampoi, Johor pada akhir tahun ini. - 9 Ogos 1971
Perdana Menteri Israel, Mrs. Golda Meir, 73, umum tidak bertanding bagi jawatan tersebut pada tahun 1973. - 9 Ogos 1984
Pasukan hoki Britain yang dipanggil selepas Rusia menarik diri, menduduki tangga teratas kumpulan B setelah seri tanpa jaringan dengan Pakistan dalam Sukan Olimpik Los Angeles.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]