PADA 19 Ogos 1975, Utusan Malaysia melaporkan Menteri Kebajikan Am, Aishah Ghani menyatakan undang-undang akan dipinda untuk dibentangkan dalam sidang Parlimen sebelum akhir tahun bagi menjadikan mengemis satu kesalahan.
Menurut pindaan tersebut, semua pengemis akan ditangkap dan didakwa oleh polis. Namun bagi pengemis yang benar-benar memerlukan pertolongan akan dihantar ke rumah kebajikan manakala mereka yang didapati tidak ada sebab berbuat demikian akan dihukum penjara sekiranya didapati bersalah.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 19 Ogos 1974
Stadium Kota Raja di Klang akan dibuka secara rasmi pada 6 Mac 1975 sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. - 19 Ogos 1977
Iraq menawarkan 20 tempat untuk penuntut Malaysia menjalani latihan dalam bidang teknologi petroleum di negara tersebut. - 19 Ogos 1983
Filem muzikal Flashdance arahan Adrian Lyne bakal menemui penonton.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]