Hippies diharamkan - Utusan Malaysia

Hippies diharamkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 25 Ogos 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan mulai 1 September ini, kemasukan orang-orang luar yang dianggap sebagai “Hippies” ke Malaysia akan diharamkan. Bagi yang berada dalam negara akan diperintahkan keluar dan Jabatan Imigresen tidak akan melanjutkan pas lawatan mereka.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri memberitahu, langkah itu diambil untuk memelihara kesopanan dan ketertiban Bangsa Malaysia sekali gus menghapus pengaruh-pengaruh hippies terhadap belia-belia di negara ini.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 25 Ogos 1968
    Penggambaran filem “Si Murai” arahan Nordin Ahmad terbitan Studio Cathay Kris sedang dijalankan di East Coast Road, Singapura.
  • 25 Ogos 1971
    Tunku Abdul Rahman akan merasmikan permulaan projek pembinaan kompleks pelancongan di Langkawi yang mengandungi hotel sebanyak 180 bilik pada Jumaat ini.
  • 25 Ogos 1975
    Keretapi Tanah Melayu menghadiahkan dua kepala keretapi buatan 1946 yang tamat perkhidmatannya kepada Persatuan Sejarah dan Pemeliharaan Keretapi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN