PADA 12 Julai 1971, kerajaan mengumumkan butir-butir lanjut Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) berasaskan Dasar Ekonomi Baharu yang akan dilaksanakan menerusi strategi berpandukan Rukun negara.
Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein mengamanatkan di dalam ‘Buku Merah’ rancangan itu setebal 297 muka yang diterbitkan hari ini bahawa rancangan ini mesti dijayakan demi untuk perpaduan negara.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 12 Julai 1968
Buat pertama kali, 15 simpang jalan di Kuala Lumpur dipasang televisyen jarak dekat untuk mengawal lalu lintas. - 12 Julai 1975
Seminar kadi-kadi Malaysia mendesak pihak berkuasa mengadakan peraturan bagi pasangan hendak berkahwin mestilah mendapat persetujuan kadi terlebih dahulu. - 12 Julai 1984
Kerajaan mengambil langkah untuk mengharamkan senjata seperti pedang, keris, lembing, parang dan lain-lain kecuali untuk kegunaan pertanian atau kegunaan harian.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]