PADA 7 Julai 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Mahkamah Persekutuan dengan suara empat lawan satu menolak rayuan Universiti Merdeka untuk menubuhkan sebuah universiti yang bercadang menggunakan bahasa Cina sebagai pengantar utamanya.
Rayuan tersebut berbangkit selepas Mahkamah Tinggi pada 7 November 1981 menolak saman Syarikat Universiti Merdeka Berhad terhadap kerajaan yang menolak penubuhan Universiti Merdeka pada 25 Januari 1979.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 7 Julai 1968
Pengarah S. Roomai Noor sibuk mengarahkan filem Sebelah Kaki Di Neraka. - 7 Julai 1970
Jurulatih Britain, Harold Hassal mula melatih pasukan bola sepak Malaysia bagi menghadapi Pestabola Merdeka pada 31 Julai-16 Ogos ini. - 7 Julai 1984
Kumpulan pelampau Ku Klux Klan beri amaran akan menembak atau menggantung atlet negara bukan kulit putih jika menyertai Sukan Olimpik Los Angeles pada hujung Julai ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]