PADA 9 Julai 1968, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman tidak akan campur tangan terhadap enam pemuda Johor yang menunggu masa untuk digantung kerana bersubahat dengan Indonesia semasa konfrontasi.“
Pada masa itu Tun Abdul Razak Hussein sedang menguruskan perkara tersebut. Yang boleh dibuat ialah meminta mereka merayu kepada Sultan Johor”.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 9 Julai 1972
Kementerian Dalam Negeri akan menubuhkan Bahagian Hal Ehwal Bekas-Bekas Polis bagi membela lebih 50,000 bekas polis di seluruh negara. - 9 Julai 1974
Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein akan memperkenalkan simbol Barisan Nasional – Neraca pada 10 Julai ini. - 9 Julai 1982
Sate Ria dijangka dipasarkan di peringkat antarabangsa termasuklah Jepun, Australia dan Amerika Syarikat.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]