PADA 10 Julai 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) menjadikan Kuala Lumpur sebagai kawasan Persekutuan dan menambahkan kawasan Parlimen kepada 154.
Seratus orang anggota Dewan termasuk daripada PAS dan SUPP menyokong rang undang-undang terbabit. Sepuluh anggota pembangkang DAP dan PEKEMAS menentang manakala seorang anggota bebas, Hashim Gera berkecuali.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 10 Julai 1968
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman berkata, Malaysia akan membeli sebuah lagi kapal Frigate dari Britain untuk kegunaan TLDM. - 10 Julai 1970
Filem GELORA mungkin arahan terakhir P. Ramlee di Studio Merdeka apabila kontraknya akan tamat pada November ini. - 10 Julai 1974
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong memulakan lawatan rasmi selama empat hari di Britain.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]