PADA 16 Julai 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sebuah parti politik baharu – Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya) dipimpin oleh bekas Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri, Datuk Harris Salleh ditubuhkan.
Berjaya yang turut disertai oleh beberapa bekas tokoh daripada USNO telah didaftarkan pada 12 Julai lalu, memohon untuk menyertai Barisan Nasional.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 16 Julai 1968
Jabatan Telekom Malaysia menandatangani kontrak RM2,029 juta dengan sebuah syarikat Australia untuk membekalkan alat perhubungan bagi kawasan luar bandar. - 16 Julai 1974
Pengawal Kebangsaan Cyprus merampas kuasa dan Presiden Archibshop Makarios, 60, dilaporkan dibunuh. - 16 Julai 1983
Orkid Lundu yang biasa terdapat di Borneo dipilih sebagai bunga rasmi kerajaan Sarawak. Ia dinamakan ‘Orkid Normah’ sebagai penghormatan kepada Toh Puan Datu Patinggi Hajah Normah, isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]