PADA 19 Julai 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan simbol palang merah yang digunakan oleh Persatuan Palang Merah dan hospital di negara ini akan digantikan dengan simbol “Bulan Bintang” mulai tahun hadapan.
Ia diputuskan oleh Majlis Kebangsaan Hal Ehwal bagi Agama Islam dalam sidangnya yang ke-12 di Bilik Gerakan Jabatan Perdana Menteri yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Sidang itu juga memutuskan agar TV Malaysia menyiarkan azan maghrib dan isyak seperti yang disiarkan oleh Radio Malaysia.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 19 Julai 1970
Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Ungku Aziz berkata, daripada 3,140 siswa yag memasuki universiti tersebut, hanya 156 siswa Melayu yang mengambil aliran sains. - 19 Julai 1979
Tasik Chenderoh dipilih sebagai “pilot projek” menternak ikan dalam sangkar di Semenanjung Malaysia. - 19 Julai 1979
Sejumlah 11,418 pekerjaan telah diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) sejak ia dibuka 6 tahun lalu.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]