PADA 23 Jun 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan tujuh orang mati tertimbus akibat kejadian tanah runtuh di lombong bijih timah Lau Yew Meng, Gunung Rapat di Ipoh, Perak.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi, setengah jam selepas pekerja terlibat memulakan tugas masing-masing.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 23 Jun 1968
Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak mengumumkan Malaysia meminta bantuan Belanda bagi membiayai rancangan pembukaan tanah seluas 8,094 hektar di Sungai Tong, Terengganu. - 23 Jun 1974
Tuan Farouk El-Kaddone, Ketua Bahagian Politik Pertubuhan Pembebasan Palestin berucap pada Persidangan Menteri- Menteri Luar Negara Islam Ke-5 bahawa pentingnya dunia antarabangsa mengiktiraf Palestin bagi menjamin keamanan berterusan di Asia Barat. - 23 Jun 1982
Tiga pemimpin kebangsaan Kampuchea dengan rasminya memeterai pengisytiharan penubuhan kerajaan campuran Demokratik Kampuchea di Rumah Malaysia, Kuala Lumpur.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]